|
Program
Galakan Penggunaan IT Dalam Pembelajaran
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai perkembangan
Teknologi Maklumat (IT) dalam dunia pembelajaran kepada guru-guru,
sejajar dengan laungan kerajaan sejak kebelakangan ini. Fokus program
ini ialah Sistem Pembelajaran Melalui Internet atau ‘ePembelajaran’
yang semakin mendapat perhatian masyarakat.
 |
eExam
diterajui oleh satu organisasi yang telah menyumbang kepada
perkembangan dunia pendidikan terutamanya melalui program
pembelajaran berbantukan komputer sejak tahun 1999 lagi. ILMUWORLD
diwujudkan bagi memenuhi ruang-ruang yang telah sedia ada
dalam dunia ‘ePembelajaran’. Hasil penyelidikan
dan pembangunan (R&D) selama hampir 2 tahun telah melahirkan
satu sistem pembelajaran yang diberi nama Sistem e-Buku Kerja
(e-WorkBook System). |
Melalui program ini, guru-guru berpeluang menggunakan sistem e-Buku
Kerja secara PERCUMA tanpa sebarang syarat yang tersembunyi. Walaubagaimanapun,
untuk memastikan sistem e-buku kerja sentiasa diperbaiki dan dipertingkatkan
mutunya, pihak kami sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumbalas
tidak kira sama ada ia berbentuk cadangan atau kritikan.
Untuk peringkat permulaan, kami telah menyediakan 5 akaun percuma
bagi setiap sekolah di negeri Selangor untuk kegunaan guru-guru.
Jika sekolah anda tidak menerima apa-apa surat berkenaan dengan
program ini, sila hubungi kami di talian 03-2099 3123
.
Program ini akan dilanjutkan ke negeri-negeri lain dari masa ke
semasa.
Sistem e-Buku Kerja
Sistem e-Buku Kerja ialah buku kerja interaktif secara talian
(online interactive workbook) yang hampir sama dengan buku-buku
kerja yang biasa, tetapi mempunyai lebih banyak kelebihan. Di
antara kelebihan Sistem e-Buku Kerja ILMUWORLD ialah : |
 |
- Bilangan latihan dan soalan yang lebih banyak. Terdapat lebih
20,000 soalan-soalan latihan UPSR di dalam pangkalan data sistem
ini bagi 4 subjek utama Ujian Penilaian Sekolah Rendah.
- Sistem Penilaian Prestasi yang lebih dinamik dan progresif.
Dalam erti kata lain, setiap set latihan adalah unik kerana soalan-soalan
di dalam set latihan dipilih oleh sistem secara automatik berdasarkan
prestasi semasa pelajar.
- Semakan jawapan secara automatik dan analisis prestasi pelajar
yang terperinci. Setiap latihan yang dilakukan oleh pelajar akan
direkodkan dan dianalisa untuk menghasilkan 7 laporan prestasi
untuk pelajar dan juga guru. Guru-guru kemudiannya boleh menggunakan
laporan-laporan ini sebagai alat bantuan tambahan untuk menilai
prestasi semasa pelajar.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di talian 03-2099 3123
.
Klik di sini untuk maklum balas
secara talian.
|